Bagaimana Nak Dapat Jawatan Kosong Kerajaan Dengan Mudah?

graduanSalam Kawan,

Dah grad tapi masih menganggur? Atau sekarang ni sedang kerja dekat syarikat swasta tapi tak best sebab cuti tak banyak dan gaji tak besar? ..

Saya akui..kerja kerajaan lagi best..betul tak :-)

Tetapi bukan semua orang dapat kerja kerajaan. Hanya segelintir sahaja. Segelintir yang saya anggap terpilih atau golongan elit.

Persoalan, adalah anda berpeluang untuk merebut tempat sebagai salah seorang bakal penjawat awam? Klik di sini untuk dapat info jawatan kosong TERBARU dalam Kerajaan…

Tips Untuk Mendapat Kerja Kosong Di Kerajaan

1. Anda perlu memohon kerja mengikut kelayakan.

Ini penting. Jangan mohon sembarangan sahaja. Jika anda mempunyai SPM, mohon lah jawatan yang sesuai dengan taraf SPM, jika anda ada diploma, mohon lah kerja yang bersesuaian dengan graduan diploma dan jika anda mempunyai ijazah sarjana muda, mohon lah jawatan yang berkaitan.

2. Pastikan anda memohon melalui SPA.

“Ini saya dah tau dah!!”

Betul..tetapi ada tak tahu lagi jika nak mohon kerja kerajaan, anda perlu memohon melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Sebenarnya, memang ada cara lain untuk mendapatkan jawatan kosong kerajaan tetapi kebanyakan jawatan yang kosong adalah untuk kerajaan negeri, bukan persekutuan.

3. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi (serius!)

Saya rasa, untuk golongan wanita, nasihat ini tak begitu releven kerana wanita suka bercakap..Lol!

Secara serius, jika anda mempunyai masalah kelemahan menyampaikan diri dan idea-idea anda melalui percakapan, anda perlu dapatkan bantuan.

Kemahiran berkomunikasi akan membawa anda jauh dalam kareer anda sebagai penjawat awam, andaikata anda terpilih. Selain itu, kemahiran ini akan dinilai semasa temuduga dan anda perlu lah sediakan peluru yang secukupnya apabila tiba masanya untuk ditemuduga.

4. Jika anda “fresh” dari sekolah, kolej atau universiti, sila dapatkan pengalaman kerja terlebih dahulu.

Orang yang akan menemuduga anda akan memandang tinggi graduan-graduan yang dah pernah kerja sebelum berbanding graduan yang baru juga tamat pengajian.

Pengalaman kerja sangat “priceless”..

Jika saya sebagai penemuduga diberi pilihan dua calon, satu yang takde pengalaman kerja dan satu lagi yang dah pernah kerja, anda rasa, yang mana satu kah yang akan saya pilih?

Anda dah tau jawapanya: saya akan pilih orang yang dah pernah kerja sebelum ni.

5. Penampilan sangat penting (semasa temuduga)

Pastikan penampilan anda kemas. Rambut harus lah pendek dan disikat rapi. Untuk lelaki, sebaik-baiknya, sila pakai baju lengan panjang berwarna putih dan tali leher dan bagi para wanita, sila pakai baru kurung.

Tatoo pada lengan, kaki atau mana-mana bahagian kelihatan adalah dilarang sama sekali.

Untuk lelaki, kasut harus lah berwarna hitam dan berkilat.

Sebaik sahaja anda masuk ke dalam dewan temuduga, si penemuduga akan menilai anda dari hujung rambut ke hujung jari kaki. Ini pun sebelum anda bercakap sepatah kata pun. Oleh itu, anda harus lah “menang” dari segi penampilan. Jangan beri ruang kepada penemuduga untuk memberi alasan untuk tak ambil anda kerja kerajaan.

Dapatkan maklumat jawatan kosong Kerajaan terbaru pada bulan Oktober, November dan Disember 2014!

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes