Job vacancies at government and private sector in Malaysia.Daily updates…..Jawatan Kosong 2013

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan KONTRAK seperti berikut:

1. SETIAUSAHA KHAS GRED 41

SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun dan bagi pesara berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan
c) Kelayakan Calon
i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred 41 : P1T1); atau
ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred 41 : P1T1); atau
DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penetapan Gaji:
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred 41 (Terbuka) boleh ditetapkan oleh pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Keutamaan:
Calon Wanita yang fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman dalam bahagian Pentadbiran, Kesetiausahaan, Protokol dan dalam bidang Perhubungan Awam

Taraf Jawatan: Kontrak

CARA MEMOHON:
a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di Pejabat ini dengan cara datang sendiri pada waktu Pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 10cm x 32cm (4 x 9 inci) bersetem 50 sen beralamat sendiri dengan mencatat ‘’ PERMOHONAN BORANG ‘’ di sudut sebelah atas kiri sampul surat atau borang boleh di muat turun dengan melayari laman web www.johordt.gov.my/bpsm

b) Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sah dokumen-dokumen berikut:-
i) Sijil Kelahiran,
ii) Kad Pengenalan,
iii) Sijil-sijil kelulusan,
iv) Sijil Berhenti Sekolah,
v) Skrip-skrip Ijazah.

c) Permohonan daripada pesara hendaklah disertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terakhir.

d) Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat :

KETUA PENOLONG SETIAUSAHA,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN C3S, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA, JOHOR.

Catatan::
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
C) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Ogos 2010

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

PERHATIAN : CARA MEMOHON JAWATAN YANG DITAWARKAN & PERINGATAN SEBELUM MENULIS KOMEN

Iklan dan sebarang jawatan kosong yang dipaparkan melalui blog ini tiada kena mengena dengan kami.Kami cuma menyampaikan maklumat tentang iklan ini daripada pihak asal yang menawarkan jawatan kosong.Mungkin ada iklan dan informasi jawatan yang kami paparkan di blog ini kurang tepat.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala masalah yang berlaku melalui iklan yang ditawar dan dipapar di blog ini.

Maka,sebarang permohonan,pertanyaan,kekeliruan dan apa jua masalah yang anda hadapi berkenaan jawatan yang anda minati,sila tanyakan terus kepada jabatan,kementerian atau syarikat yang mengiklankan jawatan kosong tersebut,sama ada melalui email,laman web,nombor telefon dan sebagainya yang disediakan oleh mereka.

Kepada pengungjung blog yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan sila klik link yang diberikan pada iklan dan sila ikuti arahan yang diberikan untuk mengetahui bagaimana cara-cara untuk memohon.Jangan tinggalkan sebarang komen yang mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat peribadi yang anda dedahkan.

Harap Maklum.Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by WP-CopyRightPro