Job vacancies at government and private sector in Malaysia.Daily updates…..Jawatan Kosong 2013

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Pemohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut :

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
JADUAL GAJI : GRED W27
P1T1 RM 1,209.09 – P1T26 RM3,031.64

SYARAT LANTIKAN a. warganegara Malaysia;
b. berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan : Gred W27 : P1T6) dan
d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL
JADUAL GAJI : GRED N27
P1T1 RM 1,204.55 – P1T26 RM3,027.10

SYARAT LANTIKAN
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; atau
ii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
(Gaji permulaan Gred N27 : P1T5)
iii. Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik ;
d. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. tinggi sekurang-kurangnnya 1.57m lelaki dan
1.53m wanita tanpa sepatu ;
ii. berat badan 48 kg lelaki dan 46 kg wanita
iii. ukuran dada 79sm biasa dan tarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
iv. Lulus ujian penglihatan V/6/9 tanpa cermin mata.
v. pengecaman warna dan pendengaran tidak cacat.
vi. Diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan dan
e. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas ; atau
(ii) Lulus peperiksaan Khas ; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Keutamaan akan diberi kepada calon yang berpengalaman di bidang berkaitan.

TARAF JAWATAN : TETAP
KEKOSONGAN : 1 kekosongan setiap jawatan.

CARA MEMOHON
1. Keterangan lanjut dan borang permohonan serta iklan penuh kekosongan jawatan ini boleh didapati di Bahagian Pentadbiran MPTI. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
JALAN SPEEDY
36000 TELUK INTAN

KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan : 16 Julai 2010

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

PERHATIAN : CARA MEMOHON JAWATAN YANG DITAWARKAN & PERINGATAN SEBELUM MENULIS KOMEN

Iklan dan sebarang jawatan kosong yang dipaparkan melalui blog ini tiada kena mengena dengan kami.Kami cuma menyampaikan maklumat tentang iklan ini daripada pihak asal yang menawarkan jawatan kosong.Mungkin ada iklan dan informasi jawatan yang kami paparkan di blog ini kurang tepat.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala masalah yang berlaku melalui iklan yang ditawar dan dipapar di blog ini.

Maka,sebarang permohonan,pertanyaan,kekeliruan dan apa jua masalah yang anda hadapi berkenaan jawatan yang anda minati,sila tanyakan terus kepada jabatan,kementerian atau syarikat yang mengiklankan jawatan kosong tersebut,sama ada melalui email,laman web,nombor telefon dan sebagainya yang disediakan oleh mereka.

Kepada pengungjung blog yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan sila klik link yang diberikan pada iklan dan sila ikuti arahan yang diberikan untuk mengetahui bagaimana cara-cara untuk memohon.Jangan tinggalkan sebarang komen yang mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat peribadi yang anda dedahkan.

Harap Maklum.Terima Kasih.

2 thoughts on “Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by WP-CopyRightPro