Job vacancies at government and private sector in Malaysia.Daily updates…..Jawatan Kosong 2013

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. PEMBANTU UNDANG-UNDANG L29 (KONTRAK) – 1 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: P1T4)
- Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat SPM.

2. PEKERJA AWAM R1 (TETAP) – 2 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Tamat Darjah Enam Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh Skim Perkhidmatan ini.
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred R1: P1T3)

3. PEKERJA AWAM R1 (SAMBILAN) – 2 KEKOSONGAN

SYARAT KELAYAKAN:
- Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Terdiri daripada Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) i) Tamat Darjah 6 Sekolah Rendah Bantuan penuh kerajaan
ii) Berkebolehan menjalankan bidang berkenaan yang meliputi oleh Skim Perkhidmatan ini.
d) Berkebolehan bertutur , membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

CARA MEMOHON:
- Permohonan mestilah dibuat di dalam borang MD.LG.Pkdm.1/96 yang boleh didapati dengan datang sendiri ke Majlis Daerah Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN DI SINI

- Borang yang telah disempurnakan dengan disertakan sampul surat berukuran 23 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen hendaklah dikembalikan kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH LENGGONG,PERAK DARUL RIDZUAN pada atau sebelum 30 SEPTEMBER 2010. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan.

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH LENGGONG,
JALAN ALANG ISKANDAR,
33400 LENGGONG,
PERAK DARUL RIDZUAN.

PERHATIAN:
i) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dilayan.
ii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak akan berjaya.

LAMAN WEB MAJLIS DAERAH LENGGONG www.mdlg.gov.my/home

Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2010

Masukkan Email Anda Untuk Mendapatkan Setiap Update Jawatan Kosong Terkini Di Blog Ini :

PERHATIAN : CARA MEMOHON JAWATAN YANG DITAWARKAN & PERINGATAN SEBELUM MENULIS KOMEN

Iklan dan sebarang jawatan kosong yang dipaparkan melalui blog ini tiada kena mengena dengan kami.Kami cuma menyampaikan maklumat tentang iklan ini daripada pihak asal yang menawarkan jawatan kosong.Mungkin ada iklan dan informasi jawatan yang kami paparkan di blog ini kurang tepat.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala masalah yang berlaku melalui iklan yang ditawar dan dipapar di blog ini.

Maka,sebarang permohonan,pertanyaan,kekeliruan dan apa jua masalah yang anda hadapi berkenaan jawatan yang anda minati,sila tanyakan terus kepada jabatan,kementerian atau syarikat yang mengiklankan jawatan kosong tersebut,sama ada melalui email,laman web,nombor telefon dan sebagainya yang disediakan oleh mereka.

Kepada pengungjung blog yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan sila klik link yang diberikan pada iklan dan sila ikuti arahan yang diberikan untuk mengetahui bagaimana cara-cara untuk memohon.Jangan tinggalkan sebarang komen yang mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat peribadi yang anda dedahkan.

Harap Maklum.Terima Kasih.

One thought on “Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong

  • MOHD ZULKIFLI BIN MOHD HOSIRI says:

    saya berminat dengan jawatan yang ditawarkan…
    boleh tak saya ingin memohon jawatan perkerja awam R1..
    saya ada pengalaman memesen rumput di jabatan haiwan sungai siput..tetapi sy kerja sebagai kontrek..
    saya harap dapat lah pihak majlis daerah lenggong membantu saya dengan jawatan ini…
    0195425576

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This site is protected by WP-CopyRightPro