Jawatan Kosong di Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sebuah syarikat berkaitan kerajaan diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa individu yang dinamik untuk jawatan berikut :-
PENTERJEMAH PELATIH
Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan.
Tanggungjawab Kerja
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedang mencari calon baharu yang dinamik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam usaha menerajui bidang terjemahan di Malaysia. Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan. Program latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ITNM dalam usaha melahirkan penterjemah mahir bagi melaksanakan projek terjemahan kami pada masa hadapan. Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon mengikuti program latihan ini.
Calon yang berjaya akan ditawarkan tempat sebagai pelatih program selama setahun dan akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM1,200.00 termasuk beberapa manfaat seperti KWSP, PERKESO dan Insurans Perubatan. Calon berkenaan akan diberikan pendedahan dan pengalaman kerja selama menjalani program latihan tersebut. Seterusnya calon yang layak akan diberikan peluang untuk diserapkan ke jawatan tetap selepas tamat tempoh kontrak.
Syarat Kelayakan
• Mempunyai ijazah dalam apa-apa bidang atau berpengalaman dalam bidang terjemahan.
• Fasih bertutur dan mahir menulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
• Mempunyai personaliti dan kemahiran komunikasi yang baik.
• Mahir menggunakan komputer.
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Disember 2010
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson Jawatan Kosong di Perbadanan Produktiviti Malaysia(MPC)
PERHATIAN : CARA MEMOHON JAWATAN YANG DITAWARKAN & PERINGATAN SEBELUM MENULIS KOMENIklan dan sebarang jawatan kosong yang dipaparkan melalui blog ini tiada kena mengena dengan kami.Kami cuma menyampaikan maklumat tentang iklan ini daripada pihak asal yang menawarkan jawatan kosong.Mungkin ada iklan dan informasi jawatan yang kami paparkan di blog ini kurang tepat.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala masalah yang berlaku melalui iklan yang ditawar dan dipapar di blog ini.
Maka,sebarang permohonan,pertanyaan,kekeliruan dan apa jua masalah yang anda hadapi berkenaan jawatan yang anda minati,sila tanyakan terus kepada jabatan,kementerian atau syarikat yang mengiklankan jawatan kosong tersebut,sama ada melalui email,laman web,nombor telefon dan sebagainya yang disediakan oleh mereka.
Kepada pengungjung blog yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan sila klik link yang diberikan pada iklan dan sila ikuti arahan yang diberikan untuk mengetahui bagaimana cara-cara untuk memohon.Jangan tinggalkan sebarang komen yang mendedahkan maklumat peribadi anda kepada umum.Kami tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat peribadi yang anda dedahkan.
Harap Maklum.Terima Kasih.

Di mana saya boleh muat turun surat pemohonan untuk jawatan penterjemah pelatih?
saya dulu penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam.Saya mengambil Diploma dalam bidang Kesetiausahaan tetapi kami diajar jugak mengenai penterjemahan serba sedikit.Adakah saya layak memohon jawatan ini?